FINDING YOURSELF.


Holla ollaaaa oleyyy i'm back 
Alhamdulillah ramai kawan -kawan yang bagi feedback 
pasal entry semalam. Ada yang menangis bila baca, Ada yang
suruh keep writing .. InShaa Allah kalo ada masa terluang pasti dira akan
update key :) .. so here we go! my second entry for this year :)




pernah tak kawan korang ke atau korang sendiri akan tanya 
soalan macam ni dekat kawan korang?

Sepanjang perkenalan kita , kau rasa aku macam mana? aku jahat tak? bla..blaa..  blaaa 

Mesti pernah kan ? Then mesti dorang akan bagi feedback
semuanya manis berlaka, bak kata orang dulu "pijak 
semut pun tak kan mati"  sebab ap? sebab dorang tak
nak kau tersinggung bila dorang komen pasal  kau.. memula 
memang lah kau akan cakap "tak lah aku kisah l, tak ambik hati lah
itu lah , ini lah" pada dasar hakikatnya, kau akan terasa jugak kan? 

Memang tak dinafikan, orang sekeliling kita ni umpama 
cermin buat kita tapi kalau kita buat kesalahan then, 
 cermin A kata tu bukan kesalahan kita , then cermin B
kata memang salah kita, Agak-agak kau nak percaya yang mana satu?
ke kau akan cari cermin agi satu untuk mintak pendapat
dia ?  so fikir-fikir kan lah iyew :)

Orang boleh menilai kita baik , berdasarkan kebaikan kita buat.
Orang boleh kata kita peramah, berdasarkan cara kita berkomunikasi 
dengan orang lain dan orang jugak boleh menilai siapa kita berdasarkan
apa kita buat, gerak geri kita tapi kenapa kita sendiri tak boleh menilai
diri kita? sebab kita nak dapat PUJIAN dari orang. Im right? 
Adakah pujian tu dapat membuatkan kau seorang yang baik?
urmm pikir-pikirkan lah iyew :)

Sebenarnya kita boleh menilai diri kita sendiri dengan apa yang kita
buat. okeh dira ambik satu contoh lah kau buat kesalahan dan kau sedar
tu adalah satu kesalahan , kemudian kau perbaiki kesalahan kau demi
diri sendiri dan secara tak langsung kau dah merubah diri kau dari
satu tangga ke tangga yang lain. 

Dira pun selalu jugak mintak pendapat kawan-kawan mengenai perangai 
dira dekat dorang semua. Sampai kan satu tahap , ada satu kawan dira bagi
sound tepek sampai makan dalam lah jugak. sampaikan
tak tegur berminggu minggu jugak lah. Dia kata 

kau nak aku kata kau baik, kau cantik, kau peramah ke? ke kau nak aku kata kau lah sahabat aku yang paling baik dalam abad semester ni, ke kau nak aku kata dira, kau jahat nak mampus lah kalah firaun, mulut kau puaka , suka cari kesalahan orang. kau nak aku cakap macam tu ke? cukup lah dira, kau tak perlu pergi mintak perhatian orang lain, tanya pasal kau. cukup lah kau tahu sape diri kau.! andai kata kau buat kesalahan dimata orang tapi di mata kau ianya baik maka baik lah jadinya. kalau kau ada buat salah dimata kau tapi dimata orang lain nampak baik, then kau perlulah memperbaiki kesalahan kau jugak. jangan biarkan orang lain menilai kau, kerana kadang kala penilaian dorang tu salah, biarkan ALLAH S.W.T sahaja yang menilai kau. kau cari diri kau sebenarnya, adakah kau sejahat iblis dan adakah kau sebaik malaikat hanya kau sahaja yang tahu. Tak perlu orang lain yang bagi tahu! Berhenti hidup untuk mendapatkan pujian orang yang boleh membuatkan kau makin tenggelam dengan dunia penuh penipuan ini.


deep kan :( .. Kalau orang cakap apa apa pasal kebaikan atau keburukan kau sekali 
pun kau cakap "Alhamdulillah". As long kau kenal siapa diri kau.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi singgah dan baca entry ni

Bye dan Assalamualai
 

0 elements:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.