KELUARGA




Sudahkah anda melihat video tadi? Dira just nak tanya kenapa si anak
langsung tidak marah bapanya walaupown si anak ni tahu yang bapanya
menipu dia? Malahan si anak lagi bangga  mendapat seorang bapa
macam tu. 

Tapi kenapa zaman ni, kita tengok hubungan interaksi sesama keluarga
dah makin pudar? Ibu Bapa bertungkus lumus kerja pagi petang siang
malam demi menyara anak -anaknyaa tapi langsung tak tahu kemana
anaknya keluar , adakah anaknya dah balik atau tidak, yang mereka tahu
asalkan anak mereka tidak mencontengkan arang dimuka mereka dan asalkan
anak mereka dapat apa yang mereka inginkan. urmm dah salah dah tu,
pandanganya, kebanyakkan anak -anak cuma memerlukan kasih sayang 
sahaja.

Bukan 100 % , dira nak salahkan parents ,dalam hal ni tapi kita kena 
salahkan diri sendiri sebab apa, sebabnya sebagai seorang anak, tak kan lah 
korang langsung takada masa untuk menghubungi keluarga sendiri? tak kan lah
 nak tunggu parents korang call baru lah  bersembang dengan korang koet? 
kalau parents korang  jenis yang ada kejaya, why not , korang buat satu tarikh 
dimana ajak satu keluarga pegi makan ke, bercuti ke apa ke asalakan korang dengan
keluarga korang dapat meluangkan masa bersama, kongsi masalah dan sebagainya.
As long, korang satu keluarga happy.

Keluarga dari keluarga susah? plis jangan pernah malu untuk kenalkan keluarga
korang dekat dunia. Jangan pernah salahkan takdir kenapa kau dilahirkan dari 
keluarga susah. Sepatutnya kau bahagia kerana kerana kau masih mempunayi keluarga
sedangkan anak anak yatim di luar sana , susah untuk mendapatkan kasih sayang'
dari insan lain. Biar orang nampak keluarga kita susah asalkan kau ada usaha 
untuk meningkatkan taraf kehidupan kau. dan tolonglah berhenti berlakon menjadi
anak orang kaya! seyes talk! berhenti kerana suatu masa ia akan memakan diri
korang.

Urm kat sini ada tak jenis anak yang lebihkan keluarga lain dari 
keluarga  sendiri? Bukan apa , kalau ada tolonglah buang perangai buruk ni!
sebabnya tanpa parents kau tak ada lah orang yang sayangkan kau separuh nyawa
mereka. Kau sanggup membiarkan keluarga kau terkontang kanting sorang diri
demi mempertahankan hubungan keluarga ini, jadi seorang anak , plis lah
jangan biarkan parents kau terasa cemburu dengan kelarga yang lain. kau patut 
merasa bangga kerana ALLAH S.W.T  telah mengkurniakan  PARENTS yang
tulus menjaga kau dari kau sekecil tapak tangan sampai lah sebesar gajah.
Apa lagi kau rasa tak cukup? Tolong key tolong berhenti mengeluh dan
menyalahkan takdir kenapa kau dapat parents macam sekarang! kau patut 
BANGGA. Dira ulang balik kau patut BANGAA!!!!!!!!!!!

Akhir kata, Keluarga ni diibaratkan baju, setiap hari setiap masa dan 
setiap saat pasti kita akan pakai baju yang sama dari pagi 
sampailah ke petangkan? so macam tu jugak keluarga dari kau kecik 
sampailah kau besar, Keluarga kau yang perlu kau utamakan bukan keluarga
lain.. key


Akhir kata, sayangilah keluarga anda seperti mana kau menyangi keluarga 
korang kerana keluarga merupakan sahabat sejati, kekasih hati dan
kawan gaduh yang tak pernah ambil hati selama-lamnya
kerana keluarga adalah HAK MILIK KEKAL dan TIADA SIAPA
MAMPU GANTI

Sekian terima kasih, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca
blog Dira.. sekiranya nak bagi feedback mengenai entry ni boleh sahaja :)
mana tahu next Entry dira boleh update lagi okeh .. hehe..


Bye Assalamualaikum dan salam perkenalan



0 elements:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.