MEMORY







sometimes you will never know the value of a moment until it becomes a memory

Andai kata kita dapat putarkan kembali masa pasti kita akan 
menghargai setiap detik kenangan-kenangan tu kan?
lagi-lagi kenangan bersama dengan orang yang telah meninggalkan
kita tak mungkin daat kita lupakan.




Tidak kisah lah kenangan manis seperti gula-gula
kapas yang ringan ataupun kenangan pahit seperti
dark coffee tanpa gula. tapi kalau dah nama
kenangan tetap susah untuk dilupakan.

kini dira mulai merindui kenangan-kenangan dahulu kala.
Dimana kenangan zaman kanak2 yang terlalu indah tercipta.
disitu lah dira mulai belajar kenal orang lain selain daripada keluarga 
sendiri, dira mulai belajar apa itu erti kawan, apa itu erti perkongsian,
apa itu erti berdikari dan sebagainya.

Tapi bila meningkat dewasa, kebnyakkan adalah kenangan
pahit berbanding manis, dimana dira mulai mengenali mana kawan
mana sahabat, mulai merasa sedih bila gaduh dengan sahabat
sendiri, mulai terasa pedih bila kawan sendiri menfitnah dan sebagainya lah.

Tapi tu lah kenangan tetap kenangan , begitu sukar untuk dilupakan
sampailah ke akhir nafas. 

Challenges are what make life interesting and overcoming them is what makes life meaningful 


ikhlas dari hati,
dira

FINDING YOURSELF.


Holla ollaaaa oleyyy i'm back 
Alhamdulillah ramai kawan -kawan yang bagi feedback 
pasal entry semalam. Ada yang menangis bila baca, Ada yang
suruh keep writing .. InShaa Allah kalo ada masa terluang pasti dira akan
update key :) .. so here we go! my second entry for this year :)




pernah tak kawan korang ke atau korang sendiri akan tanya 
soalan macam ni dekat kawan korang?

Sepanjang perkenalan kita , kau rasa aku macam mana? aku jahat tak? bla..blaa..  blaaa 

Mesti pernah kan ? Then mesti dorang akan bagi feedback
semuanya manis berlaka, bak kata orang dulu "pijak 
semut pun tak kan mati"  sebab ap? sebab dorang tak
nak kau tersinggung bila dorang komen pasal  kau.. memula 
memang lah kau akan cakap "tak lah aku kisah l, tak ambik hati lah
itu lah , ini lah" pada dasar hakikatnya, kau akan terasa jugak kan? 

Memang tak dinafikan, orang sekeliling kita ni umpama 
cermin buat kita tapi kalau kita buat kesalahan then, 
 cermin A kata tu bukan kesalahan kita , then cermin B
kata memang salah kita, Agak-agak kau nak percaya yang mana satu?
ke kau akan cari cermin agi satu untuk mintak pendapat
dia ?  so fikir-fikir kan lah iyew :)

Orang boleh menilai kita baik , berdasarkan kebaikan kita buat.
Orang boleh kata kita peramah, berdasarkan cara kita berkomunikasi 
dengan orang lain dan orang jugak boleh menilai siapa kita berdasarkan
apa kita buat, gerak geri kita tapi kenapa kita sendiri tak boleh menilai
diri kita? sebab kita nak dapat PUJIAN dari orang. Im right? 
Adakah pujian tu dapat membuatkan kau seorang yang baik?
urmm pikir-pikirkan lah iyew :)

Sebenarnya kita boleh menilai diri kita sendiri dengan apa yang kita
buat. okeh dira ambik satu contoh lah kau buat kesalahan dan kau sedar
tu adalah satu kesalahan , kemudian kau perbaiki kesalahan kau demi
diri sendiri dan secara tak langsung kau dah merubah diri kau dari
satu tangga ke tangga yang lain. 

Dira pun selalu jugak mintak pendapat kawan-kawan mengenai perangai 
dira dekat dorang semua. Sampai kan satu tahap , ada satu kawan dira bagi
sound tepek sampai makan dalam lah jugak. sampaikan
tak tegur berminggu minggu jugak lah. Dia kata 

kau nak aku kata kau baik, kau cantik, kau peramah ke? ke kau nak aku kata kau lah sahabat aku yang paling baik dalam abad semester ni, ke kau nak aku kata dira, kau jahat nak mampus lah kalah firaun, mulut kau puaka , suka cari kesalahan orang. kau nak aku cakap macam tu ke? cukup lah dira, kau tak perlu pergi mintak perhatian orang lain, tanya pasal kau. cukup lah kau tahu sape diri kau.! andai kata kau buat kesalahan dimata orang tapi di mata kau ianya baik maka baik lah jadinya. kalau kau ada buat salah dimata kau tapi dimata orang lain nampak baik, then kau perlulah memperbaiki kesalahan kau jugak. jangan biarkan orang lain menilai kau, kerana kadang kala penilaian dorang tu salah, biarkan ALLAH S.W.T sahaja yang menilai kau. kau cari diri kau sebenarnya, adakah kau sejahat iblis dan adakah kau sebaik malaikat hanya kau sahaja yang tahu. Tak perlu orang lain yang bagi tahu! Berhenti hidup untuk mendapatkan pujian orang yang boleh membuatkan kau makin tenggelam dengan dunia penuh penipuan ini.


deep kan :( .. Kalau orang cakap apa apa pasal kebaikan atau keburukan kau sekali 
pun kau cakap "Alhamdulillah". As long kau kenal siapa diri kau.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi singgah dan baca entry ni

Bye dan Assalamualai
 

KELUARGA




Sudahkah anda melihat video tadi? Dira just nak tanya kenapa si anak
langsung tidak marah bapanya walaupown si anak ni tahu yang bapanya
menipu dia? Malahan si anak lagi bangga  mendapat seorang bapa
macam tu. 

Tapi kenapa zaman ni, kita tengok hubungan interaksi sesama keluarga
dah makin pudar? Ibu Bapa bertungkus lumus kerja pagi petang siang
malam demi menyara anak -anaknyaa tapi langsung tak tahu kemana
anaknya keluar , adakah anaknya dah balik atau tidak, yang mereka tahu
asalkan anak mereka tidak mencontengkan arang dimuka mereka dan asalkan
anak mereka dapat apa yang mereka inginkan. urmm dah salah dah tu,
pandanganya, kebanyakkan anak -anak cuma memerlukan kasih sayang 
sahaja.

Bukan 100 % , dira nak salahkan parents ,dalam hal ni tapi kita kena 
salahkan diri sendiri sebab apa, sebabnya sebagai seorang anak, tak kan lah 
korang langsung takada masa untuk menghubungi keluarga sendiri? tak kan lah
 nak tunggu parents korang call baru lah  bersembang dengan korang koet? 
kalau parents korang  jenis yang ada kejaya, why not , korang buat satu tarikh 
dimana ajak satu keluarga pegi makan ke, bercuti ke apa ke asalakan korang dengan
keluarga korang dapat meluangkan masa bersama, kongsi masalah dan sebagainya.
As long, korang satu keluarga happy.

Keluarga dari keluarga susah? plis jangan pernah malu untuk kenalkan keluarga
korang dekat dunia. Jangan pernah salahkan takdir kenapa kau dilahirkan dari 
keluarga susah. Sepatutnya kau bahagia kerana kerana kau masih mempunayi keluarga
sedangkan anak anak yatim di luar sana , susah untuk mendapatkan kasih sayang'
dari insan lain. Biar orang nampak keluarga kita susah asalkan kau ada usaha 
untuk meningkatkan taraf kehidupan kau. dan tolonglah berhenti berlakon menjadi
anak orang kaya! seyes talk! berhenti kerana suatu masa ia akan memakan diri
korang.

Urm kat sini ada tak jenis anak yang lebihkan keluarga lain dari 
keluarga  sendiri? Bukan apa , kalau ada tolonglah buang perangai buruk ni!
sebabnya tanpa parents kau tak ada lah orang yang sayangkan kau separuh nyawa
mereka. Kau sanggup membiarkan keluarga kau terkontang kanting sorang diri
demi mempertahankan hubungan keluarga ini, jadi seorang anak , plis lah
jangan biarkan parents kau terasa cemburu dengan kelarga yang lain. kau patut 
merasa bangga kerana ALLAH S.W.T  telah mengkurniakan  PARENTS yang
tulus menjaga kau dari kau sekecil tapak tangan sampai lah sebesar gajah.
Apa lagi kau rasa tak cukup? Tolong key tolong berhenti mengeluh dan
menyalahkan takdir kenapa kau dapat parents macam sekarang! kau patut 
BANGGA. Dira ulang balik kau patut BANGAA!!!!!!!!!!!

Akhir kata, Keluarga ni diibaratkan baju, setiap hari setiap masa dan 
setiap saat pasti kita akan pakai baju yang sama dari pagi 
sampailah ke petangkan? so macam tu jugak keluarga dari kau kecik 
sampailah kau besar, Keluarga kau yang perlu kau utamakan bukan keluarga
lain.. key


Akhir kata, sayangilah keluarga anda seperti mana kau menyangi keluarga 
korang kerana keluarga merupakan sahabat sejati, kekasih hati dan
kawan gaduh yang tak pernah ambil hati selama-lamnya
kerana keluarga adalah HAK MILIK KEKAL dan TIADA SIAPA
MAMPU GANTI

Sekian terima kasih, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca
blog Dira.. sekiranya nak bagi feedback mengenai entry ni boleh sahaja :)
mana tahu next Entry dira boleh update lagi okeh .. hehe..


Bye Assalamualaikum dan salam perkenalan



Impian Saya


hai readers ..



impian .. setiap orang mesti ada impian tersendirikan??
tak kiralah impian itu untuk kepentingan diri sendiri ker mahu pown untuk
kepentingan kebahagiaan kedua-dua ibu bapa..

apa impian korang?? cer share skit .. mana lah taw impain
kita sama kan ^__^ ..
korang nak taw x ape impian nad?? impian ni nad simpan dari umur nad
10 tahun sampai lah sekarang .. nak taw ape dia??
jeng ..,jeng .., jeng  impian nad yang pertama ialah nad ingin bawa kedua-dua orang tua nad
pergi ke TANAH SUCI MAKKAH .. tapi nad takoet impian nad akan musnah
kerana kita tak tahukan bila akan ajal kita sampai?? so nad takoet nad x sempat bawa
orang tua nad pegi MAKKAH ..



manakala impian kedua nad ialah nad nak pergi tengok bintang..
tak kiralah tengok dengan sape tapi nad x nak tengok dengan BOYFRIEND sbbnya
biarlah nad taw sendiri .. cehh sengetkan impian kedua nad?? haha
: D .. 

oek lah dah mula merapu .. sebelum menjadi ikan kerapu a.k.a Merapu
baik nad stop sampai disini sahaja .. key lah bye semua..


saya seorang yang sensitif

ASSALAMUALAIKUM N SLM SEJAHTERA
tadi dekat skolah d budaq ngangis dah lar pom5 x taw malu btol lar.., korang mzti
nak taw sapakan????NADHIRAH lah yang ngangis.., 
korang nak taw x napa nad ngangis :'( ?
cetanya bermula masa smpi dkt tpk perhimpunan
daq klaz nak baru ckp kena anta buku LATIHAN
MATHEMATICS hari ni..,
apa lgy lepas jer habis bacaan surah
AL-MATHURAT.., terus pgy public..,
bila smpai kat public skolah..,
tup..,tup..,tup rosak lak.., 
masa 2 nad dah nak ngangis
tp thn jer r.., nad pown
 pgy kat mama nad n bg taw yg nad x bawa buku math.., 
so mama nad trus col abg nad sruh antarkan buku math...,
sebaik ar abg nad antarkan kalo x mzti kena denda
dgn cikgu WAN..,
apelgy kena mara lah ngan mama coz
menyusahkan orang..,
masa 2 tetiba jernad ngangis.., dah lar waktu
2 Mr.A lalu n dye nmpk nad ngangis.., :(
masa wktu math.., bkn ckgu suruh antar
pown.., sabar jer ar.., 
masa balik dr skolah Mr.A 
lepak kat kantin.., masa 2 tetiba jer dye tnya nad 
"nad napa kaw ngangis tady"
nad pown jwp "saja nak cuci mata dlm hti nad kata
padahal x bawa buku"
Mr.A "ouh"
perbualan kitaorg smpai 2 jer coz kwn nad
dah nak balik so terpaksa lar baepisah
seketika.., hehehehe
sejujurnya nad memang sorang yg mudah terasa or sensitif..,
nak taw napa? nad pown x taw napa lar..,
dlm family nad x d pown sorang yg sensitif..,
kekadang nad airan gak kalo tgok ceta sdih
dgn sndri air mata nad mengalir..,
kalo kena mara lgy lar mengalir dgn deras smpai bole 
banjir satu rumah.., hehehe ceta nak pedon jer...
k lah papai.., nad arap korang enjoy n ceta nad
kalo x enjoy wat x taw jer.., :)

nilai sebuah persahabatan

                kawan..,
nak sebut memang mudah,
tapi hakikatnya,
nak cari kawan sejati memang susah...,

               kawan...,
bila tak ada kita cari,
tapi bila di depan mata kita tak hargai,
bila kawan berjanji kita mahu dia tepati,
terlewat seminit muncung kita panjang sedepa,
alasan kawan langsung tak mahu didengari,
tapi kalau kita yang tak tepati janji,
manisya bibir menuturkan kata maaf,

bila kita ada masalah kawan yang kita cari,
kita luahakan segalanya dekat kawan,
bila kita menangis kawan lah yang pujukan,
waktu tu lah kita rasa bahawa dialah sahabat dunia&akhirat kita,
tapi bila kawan ada masalah kita biarkan sahaja,
kita biarkan dia menangis sendiri,
kita biarkan dia selesaikan masalah sendiri,
kita biarka kawan begitu sahaja,

bila kita perlukan pertolongan kawan sedia membantu,
kata kawan "berat sama dipikul ringan sama di jinjing"
tak pernah sekali pun sekali kawan merungut,
tapi bila kawan meminta tolong,
mula lah kita merungut,
kawan sabar sahaja dengan kita,

kawan simpan semua rahsia kita,
kalau kita buat salah,
kawan hanya berdiam sahaja,
tapi bila kawan buat salah,
laju mulut kita menaburkan cerita yang bukan-bukan tentang kawan,
dekat orang lain,

bila kita susah kita cari kawan,
kita mengeluh bila tak ada kawan,
kita menangis bila kita dipinggirkan,
tapi..,
kita tak pernah hargai  nilai sebuah persahabatan,
kita tidak tahu cara membalas budi kawan biarpun,
bukan itu yang di harapkan oleh kawan,

bila kita marah,
kawan lah menjadi tempat melepaskan kemarahan,
bila kita sedih,
kawan lah yang pujuk kan,
kalau kita bosan,
mula lah mencari kawan,
tapi..,
bila kawan marah,
kita biarkan,
bila kawan sedih,
kita biarkan,
bila kawan bosan,
kita biarkan...,

itukah nilai sebuah persahabatan????

Nadhirah nak ucapkan terima kasih dekat semua kawan nad,
kerana sudi menjadi kawan nad,
walaupun kadang-kadang nad hiraukan korang,
korang lah best friends nad 4 ever,
koranglah sahabat sejati nad,
sayang korang semua...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.